|
DEFINISI
SIHIR
Sihir
adalah satu perbuatan hasad dengki dan
sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta
bantuan
daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk
melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang
tidak dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian
dan cubaan,
walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi
ringkas ialah, "Suatu perbuatan
yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan
persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius."
Terdapat
perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah
sesuatu
hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan
mukjizat
inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Jenis-jenis
sihir adalah :--Sihir
Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan
Pandangan/Silap
Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit
Anggota
Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.
Tanda-tanda
Terkena
Sihir
- Sakit
kepala selepas waktu asar keatas.
- Badan
terasa berat dan malas.
- Sukar
mendapat jodoh.
- Badan
terasa bisa-bisa.
- Sakit
ketika ziarah orang meninggal.
- Sukar
tidur malam.
- Sakit
pinggang tanpa sebab.
- Sakit
dada bila waktu asar keatas.
- Mimpi
melihat binatang seperti ular dan
sebagainya.
- Bermimpi
bayi atau menyusukan bayi.
- Bermimpi
di tempat tinggi.
- Bermimpi
di tempat yang kotor.
- Sakit
anggota badan tertentu seperti kaki
selepas waktu asar.
- Ada
terasa benda bergerak dibawah kulit.
- Bayi
kerap menangis.
- Suami
isteri kerap bertengkar walau perkara
kecil.
- Sayang
melampau-lampau pada orang yang baru
dikenali.
- Malas
beribadat.
- Nyanyuk
ketika usia lanjut.
- Panas
baran.
- Sikap
berubah secara mendadak.
- Gelisah
dan panas ditengkuk bila dengar
al-quran.
- Suka
melakukan tabiat buruk.
- Kerap
sendawa bila mendengar al-quran.
- Kerap
keguguran.
- Gagal
melakukan hubungan kelamin.
- Mengantuk
bila dengar al-quran.
- Bermimpi
seram yang menakutkan.
- Darah
haid turun lebih 15 hari.
- Batuk
yang berpanjangan.
- Selalu
ditindih ketika tidur.
- Kuat
berangan.
- Terlalu
rasa rendah diri dan tidak
berkeyakinan.
- Nafsu
seksual yang melampau.
- Selalu
melihat kelibat dirumah.
- Terasa
diri selalu diperhatikan.
- Mandul.
- Kerap
mendengar sesuatu bisikan.
- Melihat
jin secara terus.Sakit mental atau
gila.
 |
SAKA
Definisi:Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang
sudah
sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku
samada
seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.
Saka
ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang
membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui
atau
boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi
keturunan yang
dikehendaki.
Saka
ialah satu amalan mewariskan jin secara
turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut
boleh
secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.Tanda-tanda
orang
itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila
tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak
penyakit
genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima
amalan
dari mimpi,menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur
yang
panjang serta liat menghadapi sakratul maut.
SANTAU
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika
seseorang mengalami gejala-gejala
berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk
berlarutan, kadang-kadang batuk
berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadhah
yang berpanjangan bagi wanita
sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit
tulang belakang terutamanya pada waktu
Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa
hendak masuk
waktu solat Jumaat.
- Sakit
dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
- Lenguh
seluruh anggota badan.
- Kuku
menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi
jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi
bahan-bahan miang seperti miang buluh
dan ulat bulu.
- Mimpi
bermain dengan benda tajam seperti
pisau dan sembilu.
- Mimpi
kanak-kanak kecil seperti mimpi
menyusukan kanak-kanak tersebut.
- Mimpi
binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi
makan makanan yang kotor seperti
bangkai dan babi.
- Mimpi
paderi Kristian, sami Budha atau
bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan Santau:
Antara
kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah
seperti berikut:
- Boleh
membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
- Hilang
daya ingatan.
- Kulit
akan merekah serta keluar air dan
nanah.
- Tabiat
akan berubah seperti seorang yang
dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
- Badan
menjadi bongkok akibat batuk
berpanjangan.
- Badan
menjadi licin disebabkan seluruh buluh
di badan telah gugur.
- Kelopak
mata menjadi kehitaman akibat
daripada tidur yang sering terganggu.
- Terjadinya
kanser dan ketumbuhan.
- Jika
pesakit hamil akan mengalami keguguran.
Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas.
PERHATIAN:
Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan
berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang
gatal-gatal,batuk
berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.
GEJALA
GANGGUAN JIN DAN
KESANNYA KEPADA MANUSIA
Tanda-Tanda
Pada
Waktu Tidur
- Sangat
susah tidur pada waktu malam, kalaupun
dapat tidur sudah lama bersusah payah.
- Rasa
cemas dan sering terbangun pada waktu
malam.
- Mimpi
yang buruk atau mimpi melihat sesuatu
yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan
tetapi tidak
sanggup.
- Mimpi
yang sangat menyeramkan.
- Mimpi
melihat berbagai macam binatang seperti
melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
- Gigi
geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
- Tertawa,
menangis atau memekik pada waktu
tidur.
- Berperasaan
sedih pada saat tidur.
- Berdiri
serta berjalan ketika tidur tanpa
sedar.
- Mimpi
seolah-olah akan jatuh dari tempat yang
tinggi.
- Mimpi
sedang berada di kuburan, ditempat
pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
- Bermimpi
melihat orang sangat aneh, seperti
sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
- Bermimpi
melihat hantu.
Tanda-Tanda
Pada Waktu
Sedar Atau Jaga
- Kepala
selalu pusing, yang tidak disebabkan
oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
- Selalu
lupa dari zikir Allah, solat dan
ketaatan lainnya.
- Fikiran
yang kacau / Selalu lesu dan malas /
Saraf yang tersumbat.
- Rasa
sakit pada salah satu anggota badan
sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
Macam-Macam
Gangguan Jin
- Gangguan
sepenuhnya, iaitu jin mengganggu
seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang
tersumbat.
- Gangguan
tidak secara keseluruhan, iaitu jin
mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau
lidah.
- Gangguan
yang berterusan, iaitu jin terus
berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
- Gangguan
seketika, iaitu tidak lebih dari
beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
CARA
MENGATASI GEJALA
SIHIR
Apabila
telah disahkan seseorang itu terkena
sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam
konsep
Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap
penyakit ada
penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi
penyakit
disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas
bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan
Labid bin
A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat
ayat
Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal
bersungguh-sungguh dan yakin
dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu
juga dengan ayat Kursi dan memang dari
kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi
Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh
diubati
dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada
surah
Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada
surah
tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa
Allah
S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat
tersebut adalah seperti berikut :-
- Surah
Al-Baqarah 2 : 1-6
- Surah
Al-Baqarah
2 : 255-257
- Surah
Al-Baqarah
2 : 284-286
(Dipetik dari Anugerah
Agung Spiritual
Development Centre)
|