Kelimuan Utama Hidayat Jati
Tenaga Dalam Gerak Hidayah
Tenaga Dalam Asmaul Husna
Ilmu Nurul Hidayah Akbar
Ilmu Pengasih Raja Ulung
Ilmu Penyembuhan Islam
Ilmu Super Bio-Elektrik
Ilmu Kerezekian Agung
Ilmu Karomah Mustika
Ilmu Hipnotis Melayu
Ilmu Meditasi Al-Hikmah


Keilmuan Khusus Hidayat Jati
Ilmu Warisan Leluhur
Ilmu Pendekar Melayu
Ilmu Pelbagai Fungsi


Ilmu Hikmah Warisan Hidayat Jati
Ilmu Mahabbah
Ilmu Keselamatan Diri
Ilmu Firasat Bathin
Ilmu Kerezekian Kubro
Ilmu Pagar Ghaib
Ilmu Penyembuhan Hikmah
Ilmu Halimunan


Produk Alternatif
Kapsul Bio-Energy
Minyak Pengasih Mahabbah
Minyak Aura Nur Mahabbah


Terapi Alternatif Hidayat Jati
Terapi Mandi Aura Nur Hidayah
Terapi Mandi Aura Pamungkas


Membongkar Rahsia Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Haq Karomah Hidayat Jati Dengan Sentuhan Doa Dan Ayat Suci Al-Quran


Manusia merupakan makluk kejadian Allah yang mempunyai potensi yang sungguh hebat dalam dirinya. Bagaimanakah manusia menggunakan potensi yang sungguh hebat itu untuk membina kejayaan? Bergabunglah bersama kami. Kami bersedia membantu membongkar rahsia potensi Tenaga Dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah yang maha dahsyat pada diri anda.


Pusat Akademi Hidayat Jati SDC

Kami di Hidayat Jati Spiritual Development Centre mempunyai lebih dari 900 keahlian Tenaga dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah dari seluruh pelusuk di Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak), Indonesia, Brunei, Singapura, Mesir dan lain-lain.


"Dan Janganlah kamu mengikuti ( berbuat ) apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hatimu, semuanya itu akan dimintai pertanggung-jawabannya". (Q.S. Al-Israa':36)
 
"...maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika, kamu tiada mengetahui". (Al-Anbiyaa':7)

"... barangsiapa yang beramal dengan apa yang diketahuinya, akan diberikan apa yang dia tidak ketahui..." (Hadis Qudsi)

Ilmu Tenaga Dalam & Ilmu Hikmah Hidayat Jati adalah warisan keilmuan dari Perguruan Haq Anugerah Agung yang diasaskan oleh Guru Mursyid Anugerah Agung Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. Beliau berkelulusan Doctor of Philosophy Alternative Medicine di Berkshire University (United Kingdom). Maka itu, saya Master Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar yang merupakan Guru Besar Hidayat Jati Spiritual Developmet Centre mewarisi segala Ilmu Tenaga Dalam dan Ilmu Hikmah ini, diperolehi dengan berguru secara benar dan melalui pengijazahan secara datang langsung dan asli, hadir diri dihadapan Mahaguru Tenaga Dalam dan Pakar Ilmu hikmah.

Setelah bertahun lamanya kami mengumpul dan mempelajari ilmu tenaga dalam dan Ilmu Hikmah dari pelbagai tempat dan perguruan yang berbagai-bagai versi keilmuan tenaga dalam dan ilmu hikmah dengan hadir secara benar dihadapan guru yang pakar dan bertauliah, kini kami di Hidayat Jati Spiritual Development Centre hadir dengan menyedarkan anda kedahsyatan potensi yang ada dalam diri manusia yang merupakan makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah S.W.T. Marilah bergabung bersama kami di Hidayat Jati agar bersama kita meraih enigma dan kesuksesan diri didunia dan akhirat.

Perlu diingatkan disini, amalan Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati, sepenuhnya menggunakan ayat suci Al-Quran, tanpa mengandungi mantera syirik, ilmu hitam dan sebagainya. Dari sudut ilmu tenaga dalam pula, antraksi berbahaya dan pengendalian rasa sakit adalah berdasarkan latihan pernafasan semata-mata, tanpa melibatkan unsur sihir, jin, syaitan dan sebagainya. Segala antraksi-antraksi Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati, tiada unsur-unsur penipuan, trik dan sebagainya. Boleh terus diuji cuba setelah selesai pengijazahannya tidak kira hadir diri ke tempat kami atau secara jarak jauh. Segala antraksi-antraksi yang ada Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati, Bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi hanya sekadar untuk keyakinan terhadap para murid tentang keberadaan ilmu Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati ini pada diri murid itu sendiri. Keberadaan ilmu Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati adalah seumur hidup. Perlu kami ingatkan kepada anda, pengijazahan secara jarak jauh, hasilnya tetap sama dengan hadir secara langsung ke tempat kami.

Hidayat Jati Spiritual Development Centre membimbing para-para muridnya, bagaimana mengubah dan memperbaiki teknik dan cara bernafas menjadi lebih sempurna, efektif dan efisien. Dengan method latihan Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati, peserta latihan dapat sekaligus menyerap oksigen dan prana lebih banyak ke dalam tubuh.


APA ITU TENAGA DALAM


Apakah yang sebenarnya disebut Tenaga Dalam? Tenaga Dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam tubuh kita. Tenaga Dalam ini tersimpan atau mengeram dalam diri kita serta belum terbentuk ke sifat yang sepatutnya sama sekali. Tenaga Dalam tersebut akan bangkit dan terbentuk apabila kita menggerakkannya dengan latihan yang kita buat.

Cara latihan yang sering dipraktikkan adalah dengan latihan pernafasan berarah. Tenaga Dalam itu kemudiannya akan bangkit serta terbentuk menjadi aliran getaran pada urat. Ada yang membawa kesan panas dan ada yang sejuk sesuai dengan cara latihan. Getaran itu sama dengan aliran elektrik yang menyelubungi tubuh yang biasanya disebut sebagai AURA. Pada manusia biasa, aura mereka sangatlah nipis hanya antara 0.5cm hingga 2cm di sekitar tubuh. Dengan adanya latihan pernafasan dan jurus-jurus, maka lapisan aura tersebut akan berlipat kali ganda bahkan beribu kali ganda daripada aura yang dimiliki oleh manusia biasa yang tidak melatih dirinya.

AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh itulah yang di sebut sebagai Tenaga Dalam. Tenaga Dalam ini dapat dimanfaatkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain contohnya untuk pertahanan diri, pengubatan dan berbagai-bagai keperluan lainnya. Banyak orang yang mempunyai tanggapan bahawa Tenaga Dalam itu adalah tenaga batin. Fahaman ini ada betul dan salahnya. Kenapa? Tenaga Dalam sebenarnya adalah berbeza dengan tenaga batin cuma ianya mempunyai persamaan dari segi kegunaannya dan kedua-duanya berasal dari dalam tubuh kita.

Bagi pelatih-pelatih Tenaga Dalam misalnya dari Hidayat Jati Spiritual Development Centre, kedua-dua aspek Tenaga Dalam dan tenaga batin diajar diamal dan dipraktikkan dengan sebegitu giat sekali bagi memenuhi keperluan seseorang pelatih dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Ini kerana seseorang yang mempunyai Tenaga Dalam belum tentu mempunyai tenaga batin. Cara latihannya juga berbeza sekali. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai Tenaga Dalam, apabila dia mempelajari dan mengamalkan ilmu kebatinan maka, hasilnya akan menjadi lebih cepat dan keberhasilan dari amalannya akan menjadi lebih memuaskan. Ini bermakna, Tenaga Dalam itu menjadi suatu pemangkin atau sebagai suatu kuasa menolak yang sungguh efektif terhadap keberhasilan sesuatu ilmu yang dipelajari.

Pada umumnya masyarakat kurang memahami apa yang dimaksud dengan ilmu Tenaga Dalam. Kesan yang mereka lihat kurang tepat akibat menyamaratakan bentuk-bentuk ilmu Tenaga Dalam yang dipertunjukkan oleh berbagai perguruan. Padahal hal-hal yang berbau klenik, sifatnya hanyalah campuran dari luar ke dalam ilmu Tenaga Dalam yang hakiki. Sebenarnya Tenaga Dalam merupakan fenomena alam yang berjalan di bawah Sunnatullah, kerana itu ilmu ini adalah ilmu kebenaran dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.

Tenaga dalam adalah perilaku hati/batin yang mendasari niat perbuatan atau tindakan seseorang dan merupakan suatu bentuk perlindungan yang diberikan (dianugerahkan) Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Perkasa kepada manusia yang mahu mempelajari dan membinanya. Potensi Tenaga Dalam telah bersemayam dalam setiap orang. Tinggal mereka sendiri yang menentukan apakah mahu atau tidak memanfaatkan potensi diri yang merupakan rahmat tak ternilai dari Sang Khalik.

Di dalam paru-paru terdapat beribu-ribu pembuluh halus yang di hujung-hujungnya terdapat berjuta-juta kantung udara. Pembuluh-pembuluh halus ini sangat penting untuk menyerap udara bersih (oksigen) yang amat diperlukan dalam proses pembakaran di dalam tubuh. Apabila kantung-kantung udara ini tidak mendapatkan udara yang cukup, maka boleh mengakibatkan timbulnya berbagai macam penyakit, antara lain seperti pilek, batuk, penyakit paru-paru, penyakit jantung, lemah jiwa, daya tahan tubuh rendah dan sebagainya. Jadi, Sebetulnya setiap manusia memiliki Tenaga Dalam. Manusia memiliki unsur kimia tubuh iaitu ATP yang dapat berubah menjadi energi melalui proses metabolisme tubuh. Energi yang dihasilkannya sangat melimpah ruah, bahkan menjadi kekuatan yang luar biasa apabila manusia biasa sedang dalam kondisi tertentu misalnya panik, tidur jalan, trance, atau terhipnotis. ATP juga berfungsi sebagai energi cadangan, misal setelah lelah bersukan, dengan beristirahat sejenak maka tenaga akan pulih kembali.

Energi yang dihasilkan oleh ATP dalam kehidupan sehari-hari hanya berfungsi sebanyak 2.5% saja yang telah cukup untuk menghasilkan panas tubuh, proses metabolisme, mengaktifkan kimia tubuh, menjalankan alat pencernaan dan aktiviti organ tubuh lainnya. Sedangkan yang 97.5% lainnya masih tersimpan sebagai energi cadangan. Dengan latihan yang tekun, murid akan dapat membangkitkan, mengendalikan dan memanfaatkan energi yang tersimpan tersebut untuk berbagai macam keperluan.

Bagaimana proses udara merangsang Tenaga Dalam? Ketika udara dihisap secara normal, oksigen hanya digunakan sebatas membantu lancarnya peredaran tubuh, melancarkan metabolisme tubuh, dan mensuplai otak dengan kadar yang cukup. Selain itu juga merangsang energi untuk menghidupkan aktiviti tubuh, dalam batasan yang sangat sedikit, hanya cukup untuk menggerakkan tubuh secara normal. Dan untuk membangkitan energi cadangan ( Tenaga Dalam ) diperlukan oksigen yang banyak dan efektif.

Tenaga Dalam adalah suatu konsep yang popular di dalam masyarakat Melayu di Asia Tenggara terutamanya di Indonesia dan Malaysia.

Tenaga Dalam dianggap suatu tenaga manusia yang mempunyai kekuatan luarbiasa. Tenaga dalam dibezakan dari tenaga luar manusia (yang biasanya disebut secara ringkas sebagai "tenaga" saja) yang berbentuk tenaga fisik seperti kekuatan otot tangan mengangkat barang.

Pada dasarnya setiap orang memiliki apa yang disebut dengan Tenaga Dalam, hanya saja mereka tidak mengetahui bagaimana cara membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga Dalam itu sudah ada sejak manusia dilahirkan. Tetapi tenaga itu masih pasif dan diwaktu Tenaga Dalam itu akan bangkit, apabila seseorang tersebut dalam keadaan panik, tidur berjalan, terhipnotis atau ketakutan yang luar biasa.

Contoh : Seseorang yang takut kepada anjing akan memiliki kemampuan yang luar biasa dalam berlari menghindari kejaran anjing yang berlari cepat. Bila terdesak, orang tersebut dapat melompat tembok setinggi 2 meter dengan sekali lompat. Rasa takut yang berlebihan tersebut dapat membangkitkan Tenaga Dalam yang sedang 'tidur'. Secara otomatis Tenaga Dalam tersebut bangkit dan tersalur pada kedua kakinya yang sedang dipergunakan untuk berlari, tetapi setelah berhasil menyelamatkan diri kekuatan itu reda dan energi itu 'tidur' kembali. Kemudian orang itu baru menyedari bahawa dirinya telah melakukan sesuatu yang luar biasa.

Orang yang sedang tidur berjalan dapat melakukan hal-hal yang luar biasa dan tidak wajar apabila orang itu dalam keadaan sadar. Hal itu boleh dilihat dari gerakan akrobatik ketika orang tersebut tidur berjalan, seperti jalan di atas atap rumah atau mengigau tentang kejadian yang akan datang.

Menurut teori Fizik tenaga atau energi adalah kemampuan untuk melakukan usaha atau kerja. Di alam ini ada berbagai macam bentuk energi, antara lain energi cahaya, bunyi, listrik, magnet, elektromagnetik, kimia, kinetik/gerak, kalor/panas, dan sebagainya.

Energi tidak dapat diciptakan atau dimusnahkan, melainkan hanya dapat diubah atau dipindah-pindah dari suatu bentuk ke bentuk energi yang lain.

Energi diubah dengan menggunakan alat. Contoh alat pengubah energi adalah lampu listrik (mengubah energi listrik menjadi cahaya dan panas), kipas angin (mengubah energi listrik menjadi energi kinetik), setrika (mengubah energi listrik menjadi energi panas).
 
Manusia juga merupakan alat pengubah energi. Para pewaskita (clairvoyant) mengetahui bahawa manusia itu sebenarnya terdiri atas dua tubuh, yaitu tubuh fisik dan tubuh energi (atau biasa disebut tubuh bioplasmik). Jadi, manusia terdiri dari dua alat pengubah energi.
 
Tubuh fisik adalah tubuh yang biasa kita lihat, boleh dipegang dan dirasakan secara langsung, iaitu tubuh yang sudah kita kenal. Tubuh energi (atau bioplasmik) adalah tubuh kedua yang tidak nampak bagi kebanyakan orang.
 
Tubuh bioplasmik ini tampak sama seperti tubuh fisik, yang juga mempunyai anggota tubuh seperti mata, tangan, mulut, dsb. Oleh karena itu sering juga disebut kembaran eterik oleh para pewaskita.

Tubuh bioplasmik merupakan energi bercahaya yang menyatu, berhubungan erat dan saling mempengaruhi dengan tubuh fisik. Cahaya dari tubuh bioplasmik yang berpendar meluas keluar, melingkupi tubuh fisik dengan ketebalan rata-rata lima inci ini, disebut aura dalam. Tubuh bioplasmik memiliki beberapa organ penting yang disebut Pusat Tenaga. Organ inilah yang berperanan dalam penyerapan energi vital (prana) dan menyalurkannya ke seluruh tubuh lewat saluran meridian (saluran bioplasmik).
 
Sumber energi manusia berasal dari makanan yang masuk ke dalam tubuh atau energi alam yang diserap oleh tubuh. Ada dua macam tenaga atau energi yang dihasilkan oleh manusia :
  • Tenaga Luar / Tenaga Fisik (Outer Power)
  • Tenaga Dalam / Tenaga Metafisik (Inner Power)

Tenaga Luar / Fisik (Outer Power) adalah tenaga yang biasa dan langsung dapat kita gunakan sehari-hari untuk beraktivitas, seperti untuk berjalan, bernafas, mengambil sesuatu, dan sebagainya. Tenaga fisik ini dihasilkan oleh tubuh fisik.
 
Tenaga Dalam / Metafisik (Inner Power) adalah tenaga yang melingkupi tubuh fisik dan mendukung keberadaan tenaga fisik. Dalam keadaan biasa, tenaga ini tidak termanfaatkan secara optimal. Untuk itu, tenaga ini harus dibangkitkan dulu dengan cara tertentu agar bisa dimanfaatkan untuk berbagai keperluan. Tenaga metafisik dihasilkan oleh tubuh energi (atau bioplasmik).
 
Pada berbagai bangsa, Tenaga Dalam ini dikenal dengan berbagai nama. Bahasa Sansekerta menyebutnya prana, bahasa Ibrani menyebut prana sebagai ruah, Yunani menyebutnya peuma. Di Cina prana dikenal dengan chi, di Jepang disebut ki, dan orang Polynesia menyebutnya sebagai mana. Dan masih banyak lagi sebutan untuk prana bila ditinjau dari mana-mana bahasa.

Yogi Ramacharaka mengatakan, prana adalah nama yang dipakai untuk menunjukkan sebuah prinsip universal yang merupakan intisari dari semua gerakan, daya atau energi, apakah ia terwujud dalam bentuk gaya tarik bumi, listrik, perputaran planet atau semua bentuk kehidupan dari yang paling rumit sampai yang paling sederhana.
 
Dari berbagai artikel dan literatur, diperoleh pengertian bahawa Tenaga Dalam ini adalah energi vital yang mempunyai potensi besar dalam pengendalian daya hidup. Energi ini mengalir dalam tubuh makhluk (mikrokosmos) dan alam semesta (makrokosmos) yang terdapat dalam udara, matahari, dan bumi. Energi ini menembus dimensi ruang dan waktu, serta semua yang ada di dalamnya.

Tenaga DalamTubuh Fizik manusia memiliki kemampuan menghasilkan sistem elektrik tubuh, iaitu dengan memindahkan ion Na+, K+, CI- dan Protein (A-) dari satu sisi ke sisi yang lain membran sel neuron yang jumlahnya million sel. Dalam keadaan biasa konsentrasi ion Na+ lebih besar di luar sel daripada didalam sel, dengan potensi membran negatif mencapai -90mV membran sel dalam keadaan polarisasi. Jika ada rangsangan mencapai nilai ambang terhadap membran sel,sehingga menimbulkan depolarisasi membran yang berkelanjutan dan irreversibel,ion-ion  Na+ akan mengalir ke dalam sel secara cepat dengan jumlah yang banyak dan potensi membran meningkat dengan cepat mencapai  overshoot +40 mV. Segera setelah terjadinya depolarisasi mencapai puncak mekanisme pengangkutan di dalam sel, membran dengan cepat mengembalikan ion Na+ ke luar sel sehingga mencapai potensi membran biasa(-90mV). Waktu yang diperlukan dalam satu siklus tersebut  3 milisaat. Kemampuan sistem bioelektrik tubuh ini jika dikolaborasikan dengan Energi Rohani yang dibangkitkan dari dalam diri manusia inilah yang disebutkan Medan Elektrik Energi Tenaga Dalam Hidayat Jati. Beberapa manfaat Secara Keseluruhan Dari Pembangkitan Energi Tenaga Dalam Hidayat Jati (Dapat Dicuba dan Dibuktikan Langsung) antara lain:

Manfaat dan kedahsyatan Medan Elektrik  Tenaga Dalam Hidayat Jati :

Menundukkan hati/perasaan orang / rakan /  isteri / lawan bisnes / kekasih (lelaki / wanita) hingga menuruti kita.
Membuka sumbatan pintu kerezekian,melancarkan usaha & penagihan hutang.
Menyembuhkan penyakit: Lumpuh, hemiplegia (mati sebelah),Parkinson,Sroke, dan gangguan Jantung.
Keselamatan dari sengatan elektrik dan Sambaran petir, mampu memadamkan elektrik dan mematikan Mesin Kenderaan Bermotor.
Pukulan berbahaya (memengsankan / KO) dan mematikan dengan pukulan tangan kosong tanpa harus latihan berat dan bertahun-tahun,memengsankan dan melumpuhkan lawan,menjatuhkan haiwan sapi atau kerbau.


Dengan disiplin latihan Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati, Insya Allah, peningkatan kualiti keselamatan diri terjamin. Manfaat lainnya:

KEKUATAN Menguatkan kulit, Daging, Urat, Tulang dan Sum-sum, tahan terhadap tetakan, Tusukan, Sembelih, Irisan Senjata tajam / gillete, gergaji (dalam keadaan bahaya), Selamat dari senjata api(tidak meletus), membengkokkan besi runcing dengan dada, menumpulkan dan melemaskan senjata tajam, tahan terhadap pukulan kayu Baseball / benda keras + 15 kg, digilis kenderaan, mandi dan minum minyak mendidih (tanpa trick) tahan dari besi membara, Pukulan berbekas hitam, Memingsankan / menghancurkan lawan & dapat mematikan pohon, Menjatuhkan haiwan sapi atau kerbau.
RADAR GHAIB (EMPAT RADAR YANG MENJALAR PADA TUBUH) Keberadaan ilmu dapat dirasakan didalam tubuh, Mendeteksi isi pusaka, Makhluk halus, serangan ghaib, Ilmu Lawan, Racun dalam makanan, Meradar bahaya sebelum Terjadi, Meradar jenis penyakit Medis dan Ghaib, Melihat lawan yang Zalim dalam Tidur dan Jaga.
DAYA KONTAK Mengosongkan Tenaga Lawan, Mempengaruhi Lawan, Mengunci Lawan, Lolos dari kepungan lawan, Melumpuhkan Lawan Tanpa Sentuhan, Membuat Pemagaran  Rumah dan Benda, Tawar dari serangan metafizik (hipnotis, Magnetisme, Teluh dan sejenisnya).
KESELAMATAN DALAM PERJALANAN (DARAT-LAUT-UDARA-HUTAN) Dihindarkan dari bahaya kecelakaan berkenderaan dan perjalanan. Bila pun sampai terjadi, sebelumnya anda sudah mendapat tanda-tanda pada diri peribadi, sehingga mampu untuk menghindarinya. Insya Allah.
PENINGKATAN KUALITI KESIHATAN

(i)Stamina dan Daya Tahan Tubuh
Kesegaran badan, Ketenangan, Konsentrasi, Daya sex berjam-jam, Terhindar dari Lemah badan / jantung, Stroke & perapuhan tulang.

(ii) Kemampuan Melakukan Terapi Penyembuhan
Dapat membantu melakukan Terapi penyembuhan berbagai penyakit dalam diri peribadi mahupun orang lain (jarak dekat mahupun jarak jauh).

(iii) Keindahan
Daya pengasih dan karisma, menghambat proses penuaan tubuh dalam jangka waktu lama sehinga kulit tetap kuat dan kencang dan anti kedut wajah walaupun usia bertambah tua.


Kami di Hidayat Jati Spiritual Development Centre menerapkan SISTEM MAHAR kerana kami mengharapkan anda IKHLAS sebagai syarat utama belajar dari kami, juga tentunya anda akan mendapatkan pahala hasil dari KEIKHLASAN yang anda sumbangkan. Dengan MAHAR bererti anda IKHLAS memberikannya kepada kami, kerana itu MAHAR tidak akan dikembalikan. Tugas kami hanya membimbing anda dan usaha anda adalah kunci utama keberhasilannya. Mahar yang diberikan merupakan pengganti dan sebahagian khususnya disedekahkan kepada pondok pengajian agama, masjid dan mereka yang memerlukan bantuan.

Semua Program Keilmuan Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Hidayat Jati, rawatan, terapi, produk unggulan Hidayat Jati Spiritual Development Centre dan berbagai terapi baik datang langsung mahupun jarak jauh berlaku untuk semua agama, ras, suku dan kaum dengan tujuan semata-mata hanya untuk kebaikan dan tidak dimaksudkan untuk kesombongan. Bagi anda yang ingin menjadi ahli seni beladiri tenaga dalam, kebatinan dan perubatan yang terkandung didalamnya ilmu yang ampuh, sesepuh dan luarbiasa, bergabunglah bersama kami di HIDAYAT JATI SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE. Anda akan dibimbing selagi anda memerlukan khidmat kami.

KURSUS / PROGRAM INI KHUSUS UNTUK:

Lelaki memiliki tubuh yang sihat, gagah perkasa, berstamina tinggi.
Wanita Awet muda, wajah bercahaya dan berseri-seri, meningkatkan aura pesona luarbiasa.
Polis dapat mencungkil dan mengenal pasti rahsia penjenayah serta melindungi diri dari segala marabahaya.
Tentera Semangat waja, memiliki kekuatan dan keberanian luarbiasa, menguasai musuh dari jarak jauh (spiritual combat martial arts).
Ahli Perniagaan / usahawan Berwibawa dan disegani dalam pergaulan dan berjaya dalam perniagaan (meditasi bisnes & hipnotis perniagaan).
Penyanyi Dilengkapi ilmu suara perindu, petua, teknik mengawal pernafasan dalaman.
Ahli Sukan menewaskan tentangan dengan cara penuh misteri, stamina luarbiasa dan tidak cepat letih.
Guru Optimistik, ceria, mampu mengendali serta mengawal minda pelajar, dihormati dan disegani.
Berpenyakit latihan yang diberikan mempercepatkan penyembuhan dan mampu mengubati pesakit lain dan banyak lagi.
Perawat Semakin Advance dan canggih dalam pengubatan, mudah mengakses energi alam dengan cepat dan efisien, berkemampuan lebih tinggi dalam melakukan rawatan jarak jauh tanpa batasan jarak dan waktu.


Pengaktifan keseluruhan Tenaga Dalam Dan Ilmu Hikmah Haq Karomah Hidayat Jati meliputi pembai’atan (pengijazahan) mengikut kaedah tradisi ilmu Pengisian langsung di harkat, langsung dipraktikkan ajian amalan dan ilmu andalan kesepuhan Cikal Bakal Aceh. Banten, Cirebon, Jawa, Arab & Tanah Melayu, Dengan mengikuti program tenaga dalam ini akan langsung diaktifkan, diselaraskan, diisi, dirajah dan ditutup dengan kunci Haq Karomah Agung Pamungkas. Dijamin memiliki kemampuan ahli Tenaga Dalam Makrifat linuwih dan menjadi perawat profesional serta dilengkapi dengan kemampuan estetika yang dapat diandalkan dan ini merupakan kunci kejayaan hidup anda selamanya.


Tenaga Dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah Hidayat Jati adalah program khusus pembangkitan Tenaga Dalam haq karomah secara private dan tercepat melalui bimbingan secara langsung mahupun jarak jauh oleh Master Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar dengan sentuhan alamiah dan ilahiah secara sunnatullah untuk memaksimumkan kekuatan terpuncak dalam diri setiap orang yang meliputi ritual yang berat dan ketat dengan sentuhan ayat-ayat suci Al-Quran dengan menggunakan ilmu tingkat tinggi dan super bioenergi dan biomagnetik yang mempunyai adab-adab yang khusus dalam pengijazahannya. Proses ritual pengijazahan dan sistem kerja serta pemanfaatan dari Tenaga Dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah Hidayat Jati ini menggunakan cara-cara yang benar, sehingga tidak bertentangan dengan syariat agama & tidak mengganggu proses akhir kehidupan. InsyaAllah, ritual pengijazahan anda akan diasmak dengan ayat suci AL-QURAN yang sangat ilmiah dan masuk akal serta tidak memiliki kesan sampingan.


Pantang Larang Program Keilmuan Hidayat Jati

Sebenarnya, didalam Program Keilmuan Hidayat Jati ini tiada pantang larang yang khusus akan tetapi apa yang dilarang agama itulah yang menjadi larangannya.
  1. Jangan sekali-kali menderhaka kepada GURU. Ingat Ikrar/Sumpah Ahli Program Keilmuan Hidayat Jati dan jangan menderhaka kepada kedua ibubapa.
  2. Jangan sesekali mencuri atau merampas hak orang lain, dilarang keras minum-minuman beralkohol, arak serta minuman yang memabukkan yang menimbulkan kerosokan diri dan hilang akal sihat, menyalahgunakan dadah yang berakibat matinya saraf-saraf akal, berzina atau hubungan seks bebas dengan orang yang tidak menjadi haknya (suami/isteri). Termasuk homo dan lesbian, segala aktiviti perjudian dan sebagainya.
  3. Jangan sekali-kali mendahului menyerang pihak lawan/musuh kecuali bila terdesak atau sesuatu perkara yang boleh merugikan orang lain terutamanya terhadap sesama muslim kecuali mereka melakukan kejahatan, aniaya atau menghina Allah SWT dan Rasuln-Nya.
  4. Jangan sesekali melakukan hal-hal yang musyrik.
Demikianlah larangan yang harus dipatuhi oleh setiap pengamal Program Keilmuan Hidayat Jati agar segala ilmu yang dimiliki tetap ampuh selamanya. Oleh itu, jika terlanggar salah satu larangan tersebut, maka, hendaklah segera memohon ampun kepada Allah SWT dengan beristighfar.


Syarat-Syarat Mengamalkan Program Hidayat Jati

Sekali lagi ditekankan bahawa 5K iaitu keimanan, keyakinan, kesungguhan, ketekunan dan kesabaran adalah sangat penting dalam usaha mempelajari Program Keilmuan Hidayat Jati ini. Bagi mendapatkan manfaat dan mencapai hasil yang maksimum dari Latihan dan Pengamalan Program Keilmuan Hidayat Jati ini, maka haruslah pula mematuhi segala syarat-syarat seperti berikut:
  1. Hendaklah beriman kepada Allah SWT dengan mengamalkan segala perintahnya dan menjauhi larangannya.
  2. Hendaklah seboleh-bolehnya melaksanakan sembahyang 5 waktu dan memperbanyakkan ibadah yang sunnah.
  3. Hendaklah jangan menganggap diri suci sebaliknya sentiasa memohon keampunan dari segala noda dan dosa dengan memperbanyakkan istighfar.
  4. Hendaklah jangan mementingkan diri sendiri tetapi sebaliknya harus patuh dan berbakti kepada kedua ibubapa, guru dan menghormati orang lain.
  5. Hendaklah menghargai segala ilmu dan janganlah mencela ilmu dari perguruan yang lainnya.
  6. Niat hendak melakukan dakwah.

Tujuan Mengamalkan Program Hidayat Jati
  1. Sebagai satu cara meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT, guna bagi mendapatkan keredhaan Nya didunia dan akhirat.
  2. Sebagai pembentukan akhlaq, aqidah, ibadat dan muamalat bagi menegakkan agama dan memperkuatkan persaudaraan islam.
  3. Sebagai jalan untuk menegakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap sesiapa sahaja serta menolong orang-orang yang perlukan pertolongan baik dari segi moral mahupun dengan material.
  4. Sebagai satu usaha untuk membentuk insan-insan muslim yang mukmin, taat, ikhlas, sabar, tawakkal dan takwa dalam menghadapi berbagai masalah dan gejolak kehidupan yang mencabar.
  5. Sebagai seni beladiri daripada serangan musuh, baik yang ditujukan kepada diri sendiri mahupun keluarga, yang zahir mahupun bathin dengan memohon kekuatan daripada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada Nya.

Membangkitkan Energi Batin Hidayat Jati

Dalam membangkitkan energi bathin itu, laku yang harus ditempuh bermuara pada kebajikan sebagaimana laku yang diperkenalkan para leluhur kita, seperti:-
  1. Menyingkirkan rintangan (paku, kayu, batu dan sebagainya) yang ada dijalan rayayang memungkinkan menimbulkan bahaya bagi orang lain.
  2. Menyediakan air minuman di hadapan rumah untuk dimanfaatkan para pejalan kaki yang kehausan.
  3. Melakukan sedekah pada orang cacat, terutama yang buta. Tujuannya untuk melatih sikap ikhlas dan menghindar dari pujian dari pihak yang diberi.
  4. Banyak bersedekah kepada fakir-fakir miskin, anak-anak yatim, balu, orang-orang yang memerlukan pertolongan baik zahir mahupun bathin.
  5. Belajar memaafkan kesalahan yang dilakukan orang terhadap diri anda dan jangan berdendam.
  6. Memperbanyakkan ibadah sunnah (disamping yang wajib) seperti solat tahajjud dan sebagainya.
  7. Tawaduk (rendah hati) kepada orang tua (ibu bapa), guru dan para jiran tetangga.
  8. Ziarah pada makam orang alim (bertujuan untuk mengingat kematian, bukan meminta sesuatu dari kubur itu).


PESANAN PENTING UNTUK WANITA
Hampir semua wanita berpandangan bahawa ilmu ini hanya boleh dipelajari oleh lelaki, padahal kenyataannya, 70% mangsa jenayah adalah wanita.
Memang umumnya kekuatan fizikal wanita lebih rendah daripada lelaki, tetapi mengapa tidak mencuba belajar Program Keilmuan Hidayat Jati?


Semua Program Keilmuan Tenaga Dalam & Ilmu Hikmah Hidayat Jati
Baik Datang Langsung Mahupun Jarak Jauh
Akan Dibimbing & diijazahkan oleh:

Hidayat Jati SDC
Master Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar
GURU BESAR HIDAYAT JATI SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE

FOUNDER & DIRECTOR OF SPIRITUAL  HEALING SYSTEM
MASTER OF HIDAYAT JATI INNER POWER MARTIAL ARTS
GURU PERUBATAN ISLAM, TRADISIONAL MELAYU DAN TENAGA DALAM INSANI
GURU TENAGA DALAM KAROMAH HAQQUL YAKIN
GURU AGUNG (PAMUNGKAS) HAQQUL YAKIN
MAHAGURU LAM JALALAH




Tinggalkan Pesanan

Kami di Hidayat Jati Spiritual Development Centre mempunyai lebih dari 900 keahlian Tenaga dalam dan Ilmu Hikmah Haq Karomah dari seluruh pelusuk di Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak), Indonesia, Brunei, Singapura, Mesir dan lain-lain.




PROFIL GURU BESAR
TESTIMONIAL AHLI
CARA PEMBAYARAN
HUBUNGI KAMI


Akademi Hidayat Jati SDC


Tanda Gangguan Sihir
Tenaga Dalam VS Sihir
Bahaya Menabur Fitnah
Kehebatan Al-Quran




Akademi Hidayat Jati SDC
Anugerah Agung SDC
Mind Gym DTC


Anda dijemput bersama kami di Hidayat Jati SDC